Sunday 16 October 2011

Aku atau Dia pt. 5

Lana menguap panjang. Tugasan yang perlu dihantar minggu depan itu perlu disiapkan malam ini juga. Dia terpaksa mengorbankan waktu tidurnya malam ini, semata-mata mahu menyiapkan tugasan terakhir untuk semester akhirnya ini. Dia perlu bekerja keras kerana dia akan menamatkan zaman pengajiannya, tidak lama lagi. Yang pasti, dia akan meninggalkan zaman pengajian ini lebih awal berbanding Ikhsan.
          Rakan-rakan serumah yang lain sudah terlelap. Hanya tinggal Lana seorang, di ruang tamu apartment itu. Lana melihat jam dinding. Sudah menunjukkan angka 1.00 pagi.
          Tatkala melihat kotak berisi donat dan secawan coffee latte di atas meja, Lana tersenyum lebar. Dicapainya coffee itu dan diteguk. Hmm.. Ikhsan ni, tau-tau aje coffee latte ni kegemaran aku. Bisik Lana.
          Ikhsan, lelaki yang dikenalinya setahun yang lalu. Mesra, peramah dan nakal. Ikhsan memang baik, sangat baik. Kerana itulah Lana jatuh cinta pada Ikhsan. Mengambil berat dan cukup prihatin akan dirinya yang jauh dari keluarga.
          Lana tersentak apabila terdengar bunyi deringan telefon bimbitnya. Lana tercari-cari dan akhirnya menjumpai telefon itu dibawah kusyen. Dia mendengus. Siapalah pulak call ni? Ikhsan? Mustahil, kalau waktu begini pasti Ikhsan sudah tidur.
          Private number  tertera di skrin. Berkerut dahi Lana memikirkan siapakah gerangan si pemanggil. “Helo?”Lana bersuara.
“Helo!”Lana terkejut. Kasar suara si pemanggil, mengejutkannya. Suara perempuan pulak tu.
          “Siapa ni?”
“Aku Datin Jeslina. Kau kenal Ikhsan Datuk Amirul?”Lana menelan liur. Gugup. Datin Jeslina? Agaknya inilah mummy Ikhsan, yang selalu diceritakan Ikhsan. Suka mengongkong dan garang orangnya.
          “Dia kawan saya, Datin. Kenapa ya? Ada apa saya boleh bantu?”
“Kau jangan nak berlagak baik. Aku tahu tentang hubungan kau dengan anak aku. Betina, tak sedar diri.”Tergamam Lana dibuatnya. Air mata cuba ditahannya namun menitis jua. Dia memberanikan diri untuk mendengar ujaran Datin Jeslina seterusnya.
          “Aku tahu niat kau. Kau nak pikat Ikhsan sebab duit kan? Sebab harta? Jangan mimpilah perempuan. Ikhsan tu sudah berpunya. Dream on!”Ketawa jahat Datin Jeslina bermaharajalela dihujung talian.
“Lagi sekali aku dapat tahu kau masih rapat dengan Ikhsan, mampus kau. Kau akan kukerjakan! From now on, stay away from him! ”

FATIHAH menarik nafas panjang. Kenangan beberapa tahun lalu menghimpit benaknya. Amaran keras dari Datin Jeslina tidak pernah dilupakannya. Maruahnya seakan tercalar mendengar hinaan dari wanita kaya itu. Kerana itulah, dia tekad menjauhkan diri dari Ikhsan dan seterusnya lenyap terus dari hidup lelaki itu walaupun dihimpit rasa bersalah dan sedih. Sedih kerana terpaksa meninggalkan lelaki yang dicintai, tanpa relanya.
          Fatihah mengeluarkan sekeping gambar  ketika mereka berdua sedang berhibur di taman tema. Kedua-dua mereka nampak bahagia, dan senyuman Ikhsan.. amat dirinduinya. Baru siang tadi dia berpeluang melihat senyuman Ikhsan, setelah sekian lama.
          Pintu bilik diketuk. Fatihah terkejut lalu segera menyembunyikan gambar itu. “Masuklah.”
Terjengul muka Fiona di muka pintu. Dia tersenyum lalu duduk di sebelah kakaknya.
          “Kau nak apa ni?”Fatihah menjegil matanya, sengaja berpura-pura garang terhadap Fiona. Fiona tersenyum kecil. “Kakak.. Kenapa kakak tak pernah cerita kakak kenal Encik Ikhsan tu?”Rengek Fiona. Fatihah terperanjat namun dia berlagak selamba.
          “Kau ni.. Kan kakak dah cakap. Kami baru terjumpa selepas sekian lama. Lagipun, buat apa kakak nak cerita dengan kau?”Senyuman Fiona semakin melebar. “Dia handsome, kan kak?”
          Handsome, sangat handsome. Jawab hati Fatihah. Sayu dan cemburu datang menjengah apabila mendengar adiknya sendiri memuji bekas kekasihnya. “Biasa aje pun.”
“Alah kakak ni.. Handsome macam tu kakak cakap biasa je?”
“Aah la. Jadi nak cakap macam mana lagi?”Rungut Fatihah. Rimas apabila Fiona asyik menjadikan Ikhsan sebagai topik perbualan.
          “Fiona rasa.. Fiona suka dialah kak.” Fatihah terpinga. Benarkah apa yang dikatakan Fiona ini? Adakah dia tersilap dengar? Fiona nampaknya.. sudah jatuh cinta pada Ikhsan. Oh tidak! Lidah Fatihah kelu, tidak mampu berkata apa.


Bersambung..


         


Till next time. Peace.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...