Monday 17 October 2011

IKHSAN tersenyum sendiri sedari tadi, sehingga mengundang rasa pelik Datuk Amirul. Datuk Amirul menanggalkan kaca matanya lalu bersuara. “Kenapa Dengan anak ayah ni? Macam angau je..”Usik Datuk Amirul. Agaknya.. Ikhsan teringatkan Fiona tak?
          Ikhsan tersenyum lagi. Ditatapnya wajah ayahnya tanpa membalas apa-apa. Datuk Amirul semakin hairan. “Ikhsan kenapa ni? Peliklah ayah tengok..”Rungut Datuk Amirul. Sengaja ingin mengorek rahsia anaknya. Sambil itu, cerutnya dinyalakan dan dihisapnya penuh nikmat.
          Ikhsan membetulkan duduknya. Senyumannya makin melebar. “Please stop smiling Ikhsan. Macam orang tak betul ayah tengok. Now tell me whats going on?”
“Ayah betul nak tahu?”Datuk Amirul angguk.
“Ayah janji, jangan terkejut ya.” Ayahnya angguk lagi.
          Ikhsan menarik nafas panjang. “Sebenarnya, Ikhsan dah jumpa Lana.”
“Really? That’s good. Kan ayah dah cakap, sooner or later Ikhsan pasti akan jumpa dia.”

“Betul cakap ayah. Nanti Ikhsan nak jumpa dia semula, nak tuntut penjelasan. Ikhsan yakin, apa yang Lana lakukan selama ini bersebab. Dan Ikhsan mahu tahu apa sebabnya.”
          “Bagus. Bincanglah dengan dia elok-elok ya, nak.”Nasihat Datuk Amirul. Tumpang gembira dengan kegembiraan anaknya. Mahu saja dia bertanya soal hubungannya dengan Fiona, tapi Datuk Amirul membatalkan saja hasratnya itu. Takut mengganggu mood baik Ikhsan.
          “Dia dah jadi peguam sekarang, ayah. Ikhsan bangga dengan dia.”
“Baguslah.. bukan calang-calang ya gadis pujaan Ikhsan ni. Berpelajaran tinggi.”Puji Datuk Amirul. Ikhsan hanya tersengih.
          “One more thing..”Ikhsan menyambung. “Kalau ayah nak tahu, Lana tu kakak Fiona.”Datuk Amirul terkejut. Hampir saja cerut yang dipegangnya itu terjatuh. Dia memandang lama wajah Ikhsan.
“Budak praktikal tu?”
“Yes, ayah. Siang tadi Ikhsan hantarkan dia ke kereta, kakak dia jemput. Rupanya kakak yang dia maksudkan tu, Lana..”
“So Fiona tak cakap apa-apa?”
“Cakap apa pulak?”
“Mana tahu dia cemburu ke.”
          Ikhsan ketawa kecil. “Ayah, Ikhsan dengan Fiona tu kawan jelah. Ikhsan anggap dia macam adik je.”
“Bukan ke.. Ikhsan dengan dia..”
“Ayah jangan nak merepek, kami kawan je. Okey?”
“Hmm..Yalah. Salah sangkaan ayah selama ni.”Datuk Amirul berseloroh sambil diiringi tawa Ikhsan.

Who the hell is Fiona? Gadis kampung mana lagi mahu mengejar Ikhsan ni? Benarkah dia adik Lana?”Datin Jeslina yang mengintip perbualan anak dan ayah di bilik rehat itu terkejut. Sakit dadanya mendengar perbualan itu. Ikhsan sudah temui Lana! Bangsat!
          Datin Jeslina mengatur langkah ke kamarnya. Dia mengertap bibir geram. Betina garit tu dah muncul semula! Ahh! Pusing kepalanya memikir soal itu. Apatah lagi soal adik Lana, yang rupanya kini bekerja di syarikat mereka. Malah menurut orang kanannya yang turut bekerja di Futuristic Design, hubungan Ikhsan dan Fiona memang rapat.  Katanya, Fiona mungkin menaruh hati pada Ikhsan. Siapalah yang tidak jatuh hati pada anaknya itu, kacak dan ada segalanya.
          Datin Jeslina menyandarkan tubuh di sofa empuk buatan Itali itu. Sakit hati dengan apa yang baru didengari sebentar tadi. Hmm.. Nampaknya dia mesti lakukan sesuatu.

“CIK Fatihah.”Kedengaran suara setiausahanya di interkom. Sememangnya kini dia lebih dikenali sebagai Fatihah, jarang orang memanggilnya dengan nama Lana, kecuali Ikhsan. Ya Ikhsan.
          “Cik Fatihah?”Setiausahanya, Norjuma bersuara lagi.
“Yes. Ada apa Norjuma?”
“Ada orang nak jumpa Cik Fatihah. Lelaki.”
          Fatihah mengerutkan dahi. Dikerling jam. Baru jam 10 pagi. Encik Rashdan, clientnya kata temu janji mereka sekitar jam 3 petang. Masih awal. Fatihah hairan. “Siapa ya? Encik Rashdan?”
“Bukan Cik Fatihah. Kan appointment Encik Rashdan jam 3.”
Habis tu siapa? Fikir Fatihah.
          “Cik Fatihah nak izinkan dia masuk ke? Kalau tak, saya suruh dia balik je.”Suara Norjuma bergema lagi.
“Hmm. Kesian pulak kalau nak halau dia balik. Kejap ya, give me two minutes. Nak kemas meja dulu.”
“Baik Cik Fatihah.”

“ASSALAMUALAIKUM.”
“Waalaikummusalam..”Fatihah mendongak dan dia terkedu, bila melihat wajah lelaki yang amat dirinduinya, kini berada didepan matanya. Yang kini merupakan majikan kepada adiknya.
          “Mengganggu ke?”
“Taklah.. Hah. Duduk lah. Sorry bersepah sikit.”Fatihah agak gugup bila berdepan dengan lelaki yang senantiasa tenang itu. Dipersilakannya Ikhsan duduk dan Ikhsan akur.
          “Ada apa datang office I ni? Lagi satu.. Macam mana you tahu mana office I?”
“Tak susah nak cari, Cik Lana.”Jawab Ikhsan, ringkas. Senyum.
          Fatihah terkedu.
“Lama kita tak jumpa Lana..”
“Ikhsan, ini pejabat. I banyak kerja nak diuruskan. Tak elok kita cerita hal peribadi di sini.”
          “Lana, you ni masih degil seperti dulu kan? Tak pernah berubah.”Usik Ikhsan. Dia menyandarkan tubuhnya dikerusi yang berhadapan dengan Fatihah. Fatihah resah.
          “Kalau niat you nak ungkit kisah lama, lebih baik you balik. I rasa you pun banyak kerja macam I kan? Kita dah takde apa-apa.”
“Semudah tu you cakap Lana?Semudah tu?”Fatihah terdiam.
“You tinggalkan I 8 tahun yang lalu, macam tu aje. You ingat I tak nak tuntut penjelasan?”
          “Penjelasan apa lagi, Ikhsan? I rasa semua dah jelas kan di mata you. Kita tak ditakdirkan bersama.”
“Jangan cepat mengalah, Lana. I dah jumpa you, so sekarang tak mungkin I akan lepaskan you. Now tell me, kenapa you tinggalkan I lepas graduate and then hilang macam tu aje?”Suara Ikhsan tegas tapi tetap lembut.
          Fatihah  menatap wajah Ikhsan yang kian matang itu. Rambut yang dahulu panjang hampir mencecah bahu sudah dipotong pendek dan dahulu wajahnya bersih tanpa jambang kini sudah ditumbuhi jambang. Walaupun agak berserabut, namun tidak Fatihah nafikan Ikhsan kelihatan lebih maskulin. Tubuh yang dahulu agak kurus kini bertambah tegap.
          “Ikhsan. Dengar baik-baik I cakap ni.”Ikhsan mengangguk, tidak sabar menanti kata-kata seterusnya dari mulut Fatihah.
“Antara kita, tak mungkin terjadi. I sedar, siapa I. Di mata mummy you, di mata family you. It’s over Ikhsan. You faham tak? I malas nak serabutkan fikiran I dengan hal macam ni, lebih baik I tumpukan pada kerjaya I. Tolonglah Ikhsan, mungkin lebih baik kalau kita jauhkan diri antara satu sama lain. Kita tak ditakdirkan bersama. I berdoa, you jumpa orang yang lebih baik berbanding I.”ucap Fatihah dalam sebak. Dia tidak berani bertentang mata dengan Ikhsan kala ini.      
          “Lana. I tahu you tak maksudkan sepatah pun apa yang you cakap. Sebab I tahu, you langsung tak berani nak pandang muka I. I rasa I tahu, mesti ni pasal mummy I kan?”Duga Ikhsan. Mungkinkah.. mummy yang mengugut Lana 8 tahun yang lalu agar menjauhkan diri darinya? Tidak mustahil!
          “Dia takde kena mengena.”
“Kalau betul dia takde kena mengena, you cakap tengok muka I!”Keras suara Ikhsan bersuara. Fatihah terkejut. Ikhsan benar-benar hilang sabar.
          “Ikhsan, dia tetap mummy you.”
“Mummy apakah yang sanggup runtuhkan kebahagiaan anak sendiri? Sanggup memisahkan anaknya dengan orang dia paling cintai?”Tergamam Fatihah dibuatnya. Terharu dan sebak pun ada. Ikhsan memang lelaki yang setia, pencinta yang tidak pernah berputus asa.
          “Lana. Janji dengan I, jangan pernah pergi dan lari dari I lagi. Promise me. Soal mummy, I akan uruskan.”
“Ikhsan. I kan dah cakap..”
“Takpe Lana, I beri you masa. Kalau you dah bersedia, call I. I sentiasa ada masa untuk you.”
          Sekali lagi Fatihah terdiam.
“I love you Lana Fatihah. Jangan sesekali you lupakan itu.”Ucap Ikhsan penuh syahdu. Fatihah pula jadi kelu. Ingin sahaja dia membalas ucapan Ikhsan itu, tapi tekaknya bagai tersekat untuk mengeluarkan kata-kata. Pandangan mereka bersatu, pandangan yang hanya mereka berdua mengerti.

Till next time. Peace.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...