Sunday 16 October 2011

Aku atau Dia pt. 4



“HAI.”Fiona menelan liur. Gugup bila lelaki itu menegurnya ketika dia baru melangkahkan kaki ke dalam lif. Ah! Kekoknya berdua-duaan dengan lelaki yang dianggapnya sombong itu didalam lif ini sekali lagi. Tapi kali ini lelaki ini nampak berbeza. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.
          “Hai Tuan.”Pintu lif tertutup dan Ikhsan tertawa. “Janganlah panggil I tuan. I feel old. Panggil Ikhsan cukup.”
“Err.. Okey.”Suasana sepi seketika bila Ikhsan memecahkan kesunyian.
“Macam mana kerja disini? Khairil layan awak dengan baik?”
“Semuanya okey. I suka kerja disini, hasil kerja I juga dapat diterima dengan baik.”
          Ikhsan mengangguk. Dia menghulurkan tangan mahu bersalam. Fiona terpinga-pinga tapi dia menyambutnya juga. “Kita tak berkenalan dengan cara betul kan tempoh hari? I Ikhsan.”Fiona akhirnya menarik nafas lega, kerana niat lelaki itu sebenarnya baik. “I’m Lina Fiona, panggil saja Fiona.”

‘ADA masa kita borak lagi ya.’Fiona tersenyum sendiri mengenangkan perbualan petang tadi. Buat pertama kali lelaki kacak itu mahu berbual dengannya. Malah, baru Fiona sedari senyuman pertama yang dia berikan sudah menambat hati milik gadis muda berusia 21 tahun itu.
          Perbualan singkat sahaja tapi sudah cukup membuatkan Fiona gembira. Ah! Adakah aku sudah jatuh cinta padanya? Fikir Fiona, resah. Asyik dia tersenyum sendiri sehingga tidak menyedari kehadiran kakaknya, Fatihah di dalam bilik. Fatihah mengerling, hairan melihat gelagat Fiona yang seolah tenggelam didalam dunianya sendiri.
          “Ona!”Sergah Fatihah. Fiona tersentak. Hampir saja telefon Blackberry miliknya itu terjatuh di atas lantai. Dadanya diurut beberapa kali menandakan dia terkejut dengan sergahan Fatihah.
          “Kau ni kenapa? Senyum sendiri pulak. Ingat pakwe ke?”
“Hah! Mana ada Ona senyum, kakak ni..”
“Eleh, kakak ni bukannya bodoh Ona. Siapa lagi yang kau teringat ni ha? Tak nak share dengan kakak?”Usik Fatihah lalu disebelah adiknya.
          “Kakak jangan nak mengarutlah..”Fiona cuba mengelak. Dia membaringkan tubuhnya di atas tilam.
“Kakak dari mana ni?”
“Nak ubah topik lah tu.. Kakak dinner dengan client tadi. Dia belanja makan.”
“Kakak menang kes haritu?”Fatihah mengangguk laju. Senyum lebar.
“Tahniah  kak. Ona tahu kakak boleh jadi peguam paling berjaya di Malaysia ni.”Fatihah mencebik, lalu dicubit pipi adiknya yang agak tembam itu. “Kau nak bodek kakak ke ni?”
          “Ona cakap yang betul lah. Kakak ni.. Janganlah! Sakit!”Fiona mengelak cubitan seterusnya dari kakaknya. Dia melarikan diri dan masuk ke dalam bilik air. Tawanya lepas mengenangkan kenakalan kakaknya. Time bekerja memang dia sangat serius, tapi kalau luar waktu kerja, sifat kenakalan dan suka bermain nya akan terserlah.

SEMAKIN hari, hubungan Ikhsan dengan Fiona semakin rapat. Lebih-lebih lagi, mereka selalu terserempak di lif dan makan tengah hari di luar bersama. Itu mengundangkan kemusykilan Datuk Amirul, tapi dia membiarkan sahaja. Sekurang-kurangnya, Fiona mungkin boleh membantu Ikhsan melupakan gadis bernama Lana itu.
          Petang itu, Ikhsan menawarkan diri untuk menghantar Fiona pulang kerana dia tahu kereta Fiona rosak dan masih di bengkel. Seawal jam empat petang dia sudah menanti Fiona di lobi.
“Ikhsan? Awal you keluar?”Fiona agak terkejut melihat kelibat Ikhsan di lobi. Padahal jam baru menunjukkan angka 4 .30 petang.
          “Kerja dah habis. I keluarlah.”
“Oh. Bos takpelah nak keluar awal. Kuli macam I ni kena siapkan semua kerja.”
“Eleh. I pun kuli jugak..”Ikhsan merendah diri, diiringi tawa Fiona.
          “You balik naik apa?”
“Maybe kakak I ambik.”
“Lah.. Buat apa nak susahkan dia? Biar I hantar. Kereta you masih di workshop kan?”
          Hati Fiona berbunga mendengar pelawaan Ikhsan, tapi dia cuba berlagak selamba. Pura-pura menjual mahal. “It’s okaylah Ikhsan. Tak nak lah susahkan you.”
“Apa pulak susahkan, kita kan kawan. Kawan kenalah tolong-menolong.”Ujar Ikhsan, ikhlas.
          Fiona agak serba-salah. Takut mahu menghubungi kakaknya yang pastinya dalam perjalanan.
“Biar I hantar ya?”
“Tapi kakak I maybe dah on the way. Kesian dia terpaksa patah balik pulak.”Kesal Fiona. Terlepas peluangnya mahu menghabiskan masa berdua-duaan dengan jejaka pujaannya ini.
          “Lah ye ke?”Ikhsan bersuara, hampa. “Takpelah. I temankan you sampai dia datang okey. Sementara tu, jom minum kat kafe. I belanja.”
“Ish you ni. Asyik-asyik you yang belanja. Malu pulak.”
“Nak malu apanya. Jomlah! Nanti kalau elaun you dah keluar, baru you belanja I okay. Deal?” Mahu tidak mahu, Fiona terpaksa mengangguk. Akur. Gembira rasa hati dapat berbual dengan Ikhsan sementara menanti kedatangan Fatihah.

FATIHAH menyanyi-nyanyi kecil ketika membelokkan kereta Toyota Alteza kesayangannya ke bangunan indah 15 tingkat milik Futuristic Group. Kagum dengan kejayaan anak Malaysia yang dapat mendirikan syarikat sebesar Futuristic Group yang terkenal di seluruh Malaysia, Indonesia dan  juga Thailand itu. Kalau tidak silap, syarikat itu dimiliki oleh Datuk Amirul, salah seorang ahli perniagaan yang paling disegani di Malaysia. Dan kini, adiknya bekerja di bawah lelaki berpengaruh itu walaupun hanya dalam tempoh praktikal sahaja. Menurut Fiona, lelaki itu tidak sombong malah cukup merendah diri dengan status yang dimiliknya.
          Keretanya diparkir dibawah pokok berdekatan dengan tempat parkir kereta yang disediakan. Matanya melilau mencari kelibat adiknya namun gagal. Pantas telefon dicapai untuk menghubungi Fiona menyatakan dia tiba. Kata Fiona, sebentar lagi dia akan keluar. Fatihah akur dan setia menunggu adiknya didalam kereta.
          Tidak lama kemudian, Fatihah ternampak kelibat Fiona keluar di iringi seorang lelaki segak berkot hitam. Kacak orangnya. Rambut disikat kemas dan juga menyimpan jambang. Lama Fatihah perhatikan, diamatinya wajah itu dalam-dalam. Fatihah terpegun, kerana dia sememangnya mengenali lelaki itu!

“Susah-susah je you hantar I.”
“Lah.. One way jugak kan. Kereta I kat situ je.”
“Oh okay. Thanks ya.”
          Ikhsan mengangguk. Sejenak dia memanjangkan kepalanya melihat siapakah yang berada di tempat pemandu itu. “Come. I kenalkan you dengan kakak I.”
          Fiona memanggil Fatihah supaya keluar dari kereta namun Fatihah keberatan. Dia cuba menolak, tapi akhirnya dia ikut juga. Debaran di dada makin terasa apabila dia lihat riak wajah Ikhsan mulai berubah. Mata mereka berlaga tanpa memedulikan Fiona yang ada bersama.
“Lana?”

“NAK makan apa?”Ikhsan yang sedang memandu tersenyum pada Lana. Lana membalas senyuman lelaki itu. “Saya ikut je.”
“Mana boleh macam tu. Asyik saya je pilih tempat. Awak cakaplah, jangan risau. Saya belanja.”
          Ikhsan menatap sekilas wajah gadis yang amat dicintainya itu. Hubungan antara mereka sudah terjalin hampir setahun. Ikhsan sangat menyayangi hubungan mereka itu, walaupun dia bekerja keras untuk memenangi hati Lana, tapi sekurang-kurangnya kerja kerasnya itu berbaloi.
          Gadis yang tidak suka bergaul itu dan dianggap sombong itu, akhirnya jatuh cinta padanya. Ikhsan berjanji pada dirinya sendiri, tidak akan melepaskan Lana sampai bila-bila.
          “Tuan peguam.. Takkan diam kot?”Usik Ikhsan. Dikuisnya tangan Lana. Lana tersengih. Kalau sudah begitu kata Ikhsan, terpaksalah dia menurut. “Kalau macam tu.. Kenny Rogers lah.”
“Are you sure?”
“Yep. Tak boleh ke?”
“Awak ni. Dah saya suruh awak pilih. Okay. Jom ke Kenny Rogers.”Riang suara Ikhsan sambil mengerling ke arah Lana, manja.

“You kenal sister I?”Fiona hairan melihat reaksi kedua-dua mereka. Keadaan sunyi sepi kerana Fatihah dan Ikhsan seakan tergamam dengan pertemuan yang sememangnya tidak dijangka itu.
“Kakak kenal bos Fiona ni?”Fiona mengalih pandangan pula pada Fatihah. Perlahan-lahan Fatihah mengangguk.
          “Sebenarnya, dia kawan lama I. Terkejut sebab hampir 10 tahun tak jumpa. You apa khabar, Lana?”Ikhsan berpura-pura tenang sambil mengulum senyuman. Salam dihulurkan, dan disambut dengan teragak-agak oleh Fatihah.
          “I’m good. How about you?”
“Macam nilah.. Macam biasa.”Ikhsan berseloroh. Fiona tertawa kecil, Fatihah pula tersenyum hambar.
          “Rupanya Fiona ni adik you. Kecik dunia ni kan.”Sambung Ikhsan. Fiona tersipu-sipu manakala Fatihah ketawa paksa. “Well.. Adik I pekerja yang baik kan?”
“Dia tak kerja bawah I, tapi setakat yang I tahu, dia ni designer yang sangat berbakat. Tak rugi ayah I ambik dia praktikal disini.”
          Fatihah mengangguk-angguk. Dia mengerling jam, resah. Cuba mengelak dari perbualan ini berlanjutan, dia meminta diri. “Kami terpaksa pergi. I ada dinner dengan client nanti. So..”
“Oh okey. Jumpa lagi Fiona, Lana.”Ikhsan mengenyit mata pada Fatihah sebelum beredar menuju ke keretanya. Fatihah menarik nafas lega, sambil diperhatikan oleh Fiona. Pelik dengan tingkah kakak dan bosnya, namun dibiarkannya saja. Yang penting, dia bahagia apabila dilayan mesra oleh Ikhsan. Bahagia!

Bersambung..

Till next time. Peace.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...