Thursday 29 September 2011

Aku atau Dia pt. 2

IKHSAN tersenyum pahit. Kenangan lapan tahun lalu menerjah kembali ke benaknya. Detik itu antara detik paling manis yang pernah berlaku dalam hidupnya. Dia bersungguh-sungguh mahu mengenali Lana yang keras hati itu, tapi lama-kelamaan Lana mengalah dan akhirnya mereka berkawan.
            Diletakkan  buku Tafsiran Mimpi itu di atas meja. Ditanggalkan kaca matanya lalu disimpan didalam laci. Dia mengeluh. Dimanakah Lana kini? Apa khabarnya? Masihkah dia sedingin dahulu? Tidak suka berkawan dengan sesiapa? Ah.. Kenangan.
            Ikhsan membaringkan tubuhnya di atas katil. Fikirannya masih teringatkan Lana. Lana, gadis yang pada mulanya tidak suka bergaul dan lebih suka tenggelam didalam dunianya sendiri itu, mengetuk pintu hati Ikhsan. Sehingga kini, hanya Lana berada didalam hatinya. Ikhsan sendiri tidak mengerti mengapa Lana tergamak meninggalkannya di saat Ikhsan sudah mulai jatuh cinta padanya. Ahhh! Ikhsan sendiri tidak tahu, Ikhsan sendiri tidak pasti.

“KAKAK tak kerja ke?”Fiona yang baru saja menyiapkan minuman panas mengerling ke arah kakaknya yang masih bersantai di depan TV dengan pijamanya. Fatihah menggeleng.
            “I’m not feeling well. Nasib baik jugaklah hari ni takde kes kat makhamah. Kerja kat firma tu kakak rasa dorang Zaid boleh uruskan.”Fiona mengangguk. Berbangga dengan kejayaan yang dimiliki oleh kakaknya walaupun baru berusia 29 tahun.
            Seawal usia 28 tahun, kakaknya sudah mampu membuka firma guaman sendiri di ibu kota Kuala Lumpur. Firma guaman itu semakin dikenali dan kini ramai orang ternama yang mahu menggunakan khidmat guaman kakaknya. Ah, kakak memang peguam yang hebat! Fiona memuji kakaknya didalam hati.
            “Jom sarapan kak.”Fatihah akur, lalu menuju ke meja makan untuk menyertai adiknya bersarapan. Fiona yang kini berada di tahun akhir dalam jurusan rekaan hiasan dalaman di Kuala Lumpur Metropolitan University itu memang tinggal bersamanya sejak adiknya itu mula belajar lagi. Lebih baik Fiona tinggal bersamanya di rumah teres 2 tingkat ini daripada menyewa di luar, tidaklah membazir. Abah dan ummi di Penang tidaklah terlalu risau, kerana Fatihah boleh menengok-nengokkan adiknya itu.
            “Kau dah start praktikal?”Soalan Fatihah dijawab dengan gelengan dari Fiona. “Fiona belum dapat jawapan dari syarikat tempat Fiona memohon. Tapi hari tu bosnya ada panggil Fiona cantikkan ruang pejabatnya. Nampak dia sangat berpuas hati. Ada harapanlah Fiona ni.”Fiona nampak gembira kerana hasil kerjanya boleh diterima walaupun kadangkala Fiona rasakan dia masih mentah dalam bidang ini. Tapi apa salahnya dia mencuba.
            “Really? Congrats! Berapalah dia bayar kau?”Fiona tersengih lalu menunjukkan isyarat jari sebanyak ‘lima’. Lima ribu?
 “Wow! Banyak tu! So, kau tak nak belanja kakak?”Usik Fatihah. Perwatakan tegas Fatihah sebagai peguam hilang bila dia menghabiskan masanya dengan adik dan keluarganya. Kalau semasa waktu kerja, jangan haraplah mahu melihat Fatihah bergurau!
            “Ewah! Kalau nak minta belanja laju saja ya.”
“Mestilah. Orang baru dapat gaji.”
“No problemlah kalau setakat belanja kakak makan.”Fiona mengalah. Fatihah ketawa. “Makan aje? Kakak ingat kau nak bagi Ipad2 ke, Blackberry ke.”
“Demandlah kakak ni! Duit kakak dah cukup nak beli semua tu tau.” Fiona memuncungkan bibirnya. Ah, kakaknya sengaja mahu mengusik!
            Fatihah tersengih. “Kakak main-main jelah. Tapi kalau Fiona nak belanja kakak tak kisah.”
“Boleh. Nanti kita plan ya. Bukan Fiona tak tahu kakak tu, busy memanjang.”Fatihah mengeluh. Kopi dihirup perlahan. “Sejak akhir-akhir ni, banyak pasangan nak minta kakak uruskan kes cerai mereka. Kadang-kadang, yang bercerai pasal benda remeh pun ada. Macam tak berbaloi nak cerai pasal tu je.”
            Fiona hanya mendengar.
“Sebab tu kakak tak berminat langsung nak fikir fasal kahwin sekarang ni. Semua ni buat kakak trauma, fobia.”
“Kakak tak boleh cakap macam tu. Suatu hari nanti kakak akan kahwin jugak. Begitu juga Fiona.”
            Fatihah terdiam. Dia memandang seketika wajah adiknya. Kemudian perlahan-lahan dia melangkah masuk ke bilik, meninggalkan Fiona yang kehairanan. Apa kena dengan kakak?

“APA ni mummy?”Ikhsan terpinga-pinga melihat kepingan-kepingan gambar yang diberikan oleh mummy. Buat apa mummy memberikannya gambar-gambar gadis cantik dan seksi ni?
            Datin Jeslina tersenyum. “Mak nak carikan kamu isteri. Ini calon-calonnya. Pilihlah yang mana satu.”
Ikhsan membuntangkan biji mata. “Mummy gila? Mummy fikir nak cari isteri macam nak cari baju? Ikhsan tak mahu!”Bantah Ikhsan.
            Datin Jeslina terkejut mendengar bantahan keras Ikhsan. Datuk Amirul yang baru keluar dari dapur lagilah terkejut. Kenapa Ikhsan tiba-tiba mengamuk?
“Kamu kena ikut cakap mummy! Mummy tak mahu kamu salah pilih macam dulu! Budak bodoh tu yang kamu pilih, Susanna kamu tinggalkan!” Ikhsan tergamam. Adakah budak bodoh yang mummy maksudkan adalah.. Lana?
            “Mummy! She’s not ‘budak bodoh’! Don’t you ever call her that!”
“Anak kurang ajar! Berani melawan mummy!”Datin Jeslina sudah mahu menampar Ikhsan tapi sempat dihalang Datuk Amirul. “Jes! Kenapa dengan you ni?!”Datuk Amirul berang dengan sikap isterinya.
            “Budak ni dah pandai melawan cakap kita!”
“Jes.. Ikhsan bukan budak lagi. Dia dah nak masuk 30. Kita tak boleh kongkong dia. Berilah peluang supaya dia buat keputusan sendiri.”Datuk Amirul bersuara agak perlahan berbanding tadi.
            Datin Jeslina mencebik. Geram! Bapa dengan anak sama sahaja! Selepas mengambil semula gambar-gambar tersebut, dia melangkah naik ke atas dengan perasaan yang teramat marah terhadap tidak lain tidak bukan kepada Ikhsan, anak lelaki tunggalnya.


Bersambung..

Till next time. Peace.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...