Tuesday 4 October 2011

Aku atau Dia pt. 3

BANGUNAN Futuristic Holdings setinggi lima belas tingkat itu kini berada didepan matanya. Malam semalam dia mendapat panggilan dari Datuk Amirul, menyuruhnya datang ke pejabat hari ini tepat jam 9 pagi. Harap-haraplah Datuk Amirul meluluskan permohonan praktikalnya di Futuristic Group. Doa Fiona didalam hati.
            Fiona bergegas ke lif untuk segera naik ke tingkat atas. Namun tanpa disengajakan, Fiona terlanggar seseorang. Lelaki itu tenang sahaja pabila Fiona berkali-kali mengucapkan maaf. Nampak benar lelaki itu berjawatan tinggi di syarikat besar kepunyaan Datuk Amirul ini.
            “It’s okay. So. You nak ke tingkat berapa?”Lelaki itu sudah bersedia mahu menekan butang nombor tingkat. Fiona tersenyum. “Tingkat lima belas. Thank you.” Cukup sopan Fiona mengucapkan terima kasih. Lelaki itu terdiam sejenak lalu mengangguk. Hanya mereka berdua berada didalam lif itu.
            Sempat Fiona memerhati lelaki pendiam itu. Kacak orangnya. Bertubuh sasa dan tinggi lampai. Namun langsung tiada senyuman dibibirnya. Entah kenapa, Fiona merasakan ada sesuatu yang dia rasakan apabila melihat wajah lelaki itu. Hati wanitanya berdegup hebat.
            Tiba di tingkat lima belas, mereka berdua sama-sama keluar. Lelaki itu terus masuk ke dalam, manakala Fiona pergi ke kaunter penyambut tetamu. “Saya ada temu janji dengan Datuk Amirul.” Penyambut tetamu yang memakai nama Elia itu tersenyum. “Datuk Amirul dah lama tunggu, masuklah Cik Fiona.”
Fiona mengangguk lalu mengucapkan terima kasih. Dia terus beredar untuk masuk kedalam pejabat Datuk Amirul.

WELCOME  Cik Lina Fiona!”Ucap Datuk Amirul sebaik saja Fiona masuk ke dalam pejabat. Kelihatan dua lelaki turut bersama Datuk Amirul di situ. Salah seorangnya ialah lelaki yang dia terlanggar tadi. Lelaki yang cukup lokek dengan senyuman!
            “I tak lambat kan Datuk?”Fiona cuba berbasa-basi. Dia tersenyum lalu bersalam dengan Datuk Amirul dan orang-orang kanannya.
“Taklah. I suka orang macam you. Tepati masa. Well done.”Fiona hanya mampu mengangguk mendengar pujian Datuk Amirul.
            “Duduklah. And by the way, this is my son. Wan Amiruddin Ikhsan. Yang ni pula pengurus besar Futuristic Design, Khairil Anuar.” Khairil Anuar melemparkan senyuman padanya. Tapi lelaki yang dilanggarnya itu langsung tidak senyum! Rupanya anak Datuk Amirul! Patutlah sombong.. Detik hati Fiona.
            Lelaki itu tampak serius sambil berpeluk tubuh. Menanti bicara seterusnya dari mulut ayahnya.
“I nak khabarkan berita gembira untuk you.”
“Apa dia, Datuk?” Fiona tidak sabar-sabar menanti berita gembira yang dimaksudkan Datuk Amirul.
            Senyuman Datuk Amirul semakin melebar.
“Permohonan praktikal awak di Futuristic Design diluluskan. Dan awak diterima bekerja di bawah Encik Khairil Anuar selama tempoh 2 bulan ni.Kalau prestasi awak bagus, awak akan mendapat markah penuh dalam praktikal awak ni. Dan mungkin awak akan diterima bekerja terus di sini selepas awak tamat pengajian akhir tahun ini.”
“Betul ke Datuk? Datuk tak bergurau?”Fiona kelihatan terkejut namun gembira dengan apa yang dikatakan Datuk Amirul. Datuk Amirul mengangguk.
            “Awak setuju bekerja di bawah saya?”Khairil Anuar mencelah. Lelaki berusia 30-an itu tampak peramah. Pasti tidak susah bekerja dibawahnya.
“Saya tiada masalah Encik. Sila beri tunjuk ajar.” Fiona bangun lalu bersalam lagi dengan Datuk Amirul dan Khairil Anuar.
“Terima kasih Datuk kerana berikan saya peluang bekerja disini.”
“Tiada masalah. Lagipun Futuristic Design memerlukan interior designer yang baru buat sementara waktu. Rasanya bila awak boleh mula bekerja?”
“Besok?”
“Okey. Jam 8. Pejabat Futuristic Design di tingkat 10. Jangan tersalah tingkat pula.”Datuk Amirul berseloroh disambut tawa Khairil Anuar. Fiona tersenyum lagi. Gembira! Namun dia berasa geram melihat lelaki yang bernama Ikhsan itu masih seperti tadi. Seperti tidak suka dengan kehadirannya.

“KAKAK!”Jeritan Fiona dihujung talian membuatkan Fatihah menjauhkan sikit gagang telefon dari cuping telinganya. “Kenapa dengan kau ni? Cakaplah elok-elok, tak payah jerit. Kakak nak masuk court kejap lagi ni. You better be fast.
“Sorrylah kakak. Fiona just nak share good news ni. Fiona dah diterima buat praktikal di Futuristic Holdings!”

“Syarikat besar tu? Alhamdulilah.. Tahniahlah dik! Bila start?”
“Besok. Fiona excited ni nak mula.”Fiona ketawa kecil. Teruja benar dia mahu memulakan hari pertama bekerja di Futuristic Design.
            “Hah. Lepas ni jangan nak main-main dah. Praktikal terakhir kau tu penting. Nanti tak dapat grad, sayang je duit buat belajar selama ni.”
“Fiona tahu kak. Kakak janganlah risau. Fiona takkan hampakan abah, ummi dan kakak. Percaya pada Fiona.”
“Okey. Baguslah kalau macam tu. Kakak dah nak masuk court ni. Kau kalau nak balik tu bawa kereta hati-hati.”
“Yalah kak. Nanti kita jumpa kat rumah.”
“Okey dik. Bye.”

IKHSAN menyandarkan tubuh di sofa empuk yang memang tersedia di pejabatnya itu. Jawatannya sebagai ketua akauntan di usia semuda itu memang cukup mengagumkan sesiapa yang mengenalinya. Ikhsan memang berbakat dan cukup cekap dalam kerjanya. Tidak hairanlah ayahnya sendiri menaruh kepercayaan yang tinggi padanya dalam menguruskan hal kewangan syarikat sebesar Futuristic Holdings itu. Namun sejak akhir-akhir ini prestasi kerjanya agak merosot. Mungkin kerana masalahnya yang dihadapinya akhir-akhir ini dengan mummy. Berkaitan dengan Lana, gadis pujaan hatinya dari dahulu sampai sekarang.
            Daun pintu diketuk. Ikhsan mengeluh. “Siapa tu?”
“Ayah ni.”
“Oh ayah. Masuklah.”Pintu dikuak dan muncul lah Datuk Amirul. Dahinya berkerut melihat keadaan pejabat Ikhsan yang tidak terurus. Fail-fail berselerakan di atas meja, cawan kopi masih belum bercuci, tong sampah penuh dengan sampah dan Ikhsan pula nampak muram, tidak seperti selalu.
            “Ikhsan ada setiausaha kan? Dia tak kemaskan ke pejabat Ikhsan ni? Macam reban ayam je ayah tengok.”
“Ayah ni.. Ikhsan yang tak bagi dia kemas. Ikhsan takde mood nak bekerjalah ayah.”
            Datuk Amirul melepaskan keluhan berat. “Ikhsan ni kenapa? Sejak peristiwa Ikhsan bergaduh dengan mummy, Ikhsan macam takde semangat. Ikhsan jangan macam ni. Ikhsan ni kira orang besar syarikat tau. Hal kewangan semua di tangan Ikhsan. Ikhsan tak boleh main-main. Ayah tak mau terjadi sebarang penyelewengan atau benda-benda yang tak diingini dalam syarikat kita ni.”
            Ikhsan menundukkan kepala. Dia diam membisu. Enggan membalas apa yang dikatakan ayahnya.
“Ikhsan masih sayangkan Lana?”
“Ayah. Ikhsan sentiasa sayangkan Lana. Tak pernah sedetik Ikhsan lupakan Lana.”
            “Ayah mahukan yang terbaik untuk Ikhsan, ayah tak pernah halang Ikhsan kejar apa yang Ikhsan mahu. Kalau dialah yang Ikhsan cari selama ni, Ikhsan jangan putus asa.”
“Mummy..”
“Tahulah ayah nak uruskan mummy tu.”Datuk Amirul mengeluh.
            “Ikhsan tak nak cari Lana?”
“Ikhsan tak tahu nak cari Lana di mana, ayah.”
“Anak lelaki jangan mengalah. Bumi Malaysia ni kecil saja Ikhsan. Insya Allah, kalau betul lah kamu berdua ada jodoh, kamu akan bertemu juga suatu hari nanti.”
“Ayah rasa begitu?”Ikhsan mula rasa yakin. Dia mula rasa bersemangat kembali.
“Ya,anak ayah tak boleh mengalah.”Datuk Amirul memberikan kata-kata semangat kepada anaknya.
            Ikhsan tersenyum. Senyuman yang hilang sejak beberapa hari yang lalu kini kembali di bibirnya. Dia berazam tidak akan membiarkan mummy mengawal hidupnya lagi dan dia bertekad mahu mencari Lana, sehingga dapat! 


Bersambung..
Till next time. Peace.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...