Monday 26 September 2011

Cerpen - Dia Yang Pertama Dan Terakhir

Keifly. Syed Zulkeifly Hafisz Ali. Jejaka yang menghuni hati Stella sejak lima tahun yang lalu. Perasaan itu tidak pernah berubah. Hanya Keifly seorang bertakhta dihatinya. Namun sayang, Umairah tidak pernah berani meluahkan perasaan sebenarnya pada Keifly sedangkan dia mempunyai peluang yang besar kerana Keifly sekelas dengannya.
            Jejaka berketurunan Melayu,Cina dan Pakistan itu digilai ramai gadis terutamanya di sekolah mereka. Sayangnya, Keifly seorang yang playboy dan suka bertukar-tukar teman wanita. Maklumlah, orangnya kacak bergaya. Anak jutawan pulak tu. Pelajar pintar dan kesayangan guru, juga dibolot oleh Keifly. Pendek kata, Keifly melengkapi kriteria lelaki idaman setiap gadis di muka bumi ini. Tidak terkecuali Stella, atau nama sebenarnya Siti Laila.
            Keifly mempunyai seorang abang kembar. Lebih kacak dari Keifly. Akan tetapi, perwatakan mereka jauh berbeza. Zayn, atau nama sebenarnya Syed Zaynuddin Harith Ali sering menimbulkan masalah di sekolah. Dengan gayanya yang samseng dan suka bergaduh, Zayn kurang disukai oleh penuntut di sekolah itu. Zayn juga seorang yang panas baran dan bengis. Hanya segelintir pelajar yang mahu berkawan dengannya, mungkin hanya mahukan duitnya. Desas-desus juga mengatakan papa Zayn sendiri tidak sebulu dengan Zayn dek kerana sikapnya itu. Dahlah samseng, pemalas pergi sekolah pulak tu. Stella sendiri pernah ternampak Zayn merokok di kawasan sekolah. Berani mati betul mamat ni! Dah tu, naik motor berkuasa tinggi pergi sekolah pulak tu. Gila! Bising satu sekolah kalau dengar enjin motor mamat ni. Namun tiada siapa yang berani melawan cakap Zayn Harith Ali. Tiada seorang pun.

“Apsal kau tenung Keifly tu macam nak telan je?Jeles lah tu.”Najwa mengusik Stella yang nampak cemburu bila melihat Keifly berbual dengan Leah, diluar kelas. Mangsa barunya lah tu kot.
            Stella mencebik. Najwa ni bukan nak sokong, nak bagi panas aku adalah!
“Leah tu tergedik-gedik. Menyampah aku.”
“Jeles lah tu.”Najwa sengaja memanaskan lagi hati Stella yang memang sudah panas itu.
            “Kau ni pun bodoh. Nak sangat dengan mamat playboy macam tu. Aku tak galakkan ah kau dengan dia, aku sendiri tak berkenan aih.”Najwa menyambung. Sambil itu tangannya sibuk menyelak helaian majalah Remaja yang di bawa ke sekolah.
“Aku..”Stella tidak tahu apa lagi yang harus dikatakan. Ya, Najwa ada point! Adakah dia harus lupakan saja Keifly? Atau..
“Lagi baguih hang pi dengan abang dia, si Zayn tu.”
“What?? Are you kidding me Naj?”
“No im not. Dia tu okey apa. Samsengnya je tu kena diubah. Aku rasa dia tu lagi okey dari Keifly. Tak ah mata keranjang. Aku tak pernah nampak si Zayn tu dengan mana-mana awek.”
Stella ketawa besar mendengar cadangan Najwa. “Sah kau dah gila Naj! Boleh-boleh kau suruh aku pi dengan mamat gangster camtu. Taknak aih! Simpang malaikat 44!”Najwa mencebik. “Hang jangan berlagak sangat woi. Kang nanti Allah temui jodoh hang dengan dia, baru hang tau.”Stella terdiam lagi! Alamak! Minah ni pun satu, dahlah mulut dia masin. Tak pasalpasal kang dia bertemu jodoh dengan lelaki macam Zayn. Oh tidak!

“HISH apasal along ni lambat sangat? Dah jam 3 ni.”Stella semakin resah apabila menyedari waktu semakin lewat. Kereta kepunyaan along masih tidak kelihatan. Kini dia bersendirian di bus stop yang tidak jauh dari sekolahnya itu. Ada juga orang yang lalu lalang tapi kesemuanya orang yang tidak dikenali. Student seorang pun takda! Haru la macamni..
            “Oi awek oi!”Kedengaran suara-suara nakal menerjah telinga Stella. Stella tergamam melihat tiga orang lelaki berpakaian selekeh dan tersenyum nakal ke arahnya. Gaya samseng pun ada..
            “Hi awek manis. Tunggu siapa ya?”Si lelaki botak menegurnya, namun dengan nada yang nakal. Dia duduk di sebelah Stella, namun Stella berdiri. Menjauhkan diri daripada mereka. Lelaki botak dan kawan-kawannya ketawa.
            “Mari abang hantarkan pulang. Nak tak awek aka adik manis?”
Abang? Euw!! Stella mahu saja menjerit meminta tolong namun tika ini tiada seorang pun yang kelihatan di matanya. Dimanakah orang yang lalu-lalang itu semua? Tolong aku! Jerit hati Stella. Geram, takut, geli semuanya ada.
            Lelaki berambut keriting dan lelaki berkulit gelap mengelilinginya, diikuti oleh lelaki botak. “Jangan sombonglah adik.. Jom ikut kami.”Lelaki botak cuba memegang tangannya namun Stella menepisnya. “Go away! Jangan kacau saya!”
“Abang tak mau buat apa-apa. Just for fun.. Marilah. Seronok tau.”Lelaki botak ketawa lagi.
            Sebelum sempat lelaki botak memegang tangan Stella sekali lagi, kedengaran bunyi enjin motor berkuasa tinggi dimatikan. Stella dan ketiga-tiga lelaki itu beralih pada penunggang motor berkuasa tinggi itu. Sebaik saja helmetnya ditanggalkan, barulah Stella cam siapa dia. Itu Zayn!
            “Jangan kacau perempuan lah derr.. Tak gentleman okey.”Zayn bersuara lalu turun dari motor berkuasa tingginya. Lelaki botak dan konco-konconya ketawa, melihat budak sekolah cuba memberi amaran kepada mereka.
            “Lu siapa oi? Sekolah pun tak habis ada hati nak bagi warning sama gua. Lu blah sekarang. Pi belajar kat umah lagi bagus. Dah blah!”Lelaki berambut keriting menjawab. Kasar. Dia sudah bersiap-sedia jika Zayn mahu menyerang mereka.
            “Ini budak sekolah gua. Gua tak boleh tengok budak sekolah gua kena kacau. Lu orang baliklah, cari budak lain mau kacau.”
“Bangsat!”Lelaki botak mula hilang sabar dan memulakan langkahnya.

“KAU okey?”Itu ayat pertama yang dilontarkan Zayn kepada Stella. Stella mengangguk laju. Dia ternganga. Sekelip mata saja Zayn menewaskan lelaki-lelaki yang nyata lebih besar dan berumur darinya itu. Zayn sememangnya cukup hebat dalam ilmu mempertahankan diri. Selepas saja ditewaskan oleh Zayn, ketiga-tiga lelaki itu melarikan diri dari situ.
            Stella cukup berterima kasih kepada Zayn namun dia malu untuk bersuara. “Tak baik kau duduk sorang-sorang sini. Apsal tak balik lagi?”
“Err.. Tunggu abang, tapi dia belum sampai-sampai lagi.”Zayn terdiam sejenak selepas mendengar jawapan Stella.
“Nak aku hantar kau balik?”Stella menelan liur. Sekilas dipandangnya motor berkuasa tinggi milik Zayn. What the.. naik motor tu dengan Zayn? Mampus aku oleh daddy dan along kalau nampak aku bonceng motor jantan!
            “Takpelah.. Menyusahkan awak je. Lagipun saya takut abang saya marah. Anyway terima kasih sebab tolong saya tadi.”
“Hmm. So kau betul taknak tumpang aku?”Zayn memang kasar orangnya, guna pun aku kau, tapi dia seorang yang prihatin walaupun dia tidak berapa mengenali gadis bernama Stella ini.
Stella geleng sambil tersenyum. Zayn meletakkan helmetnya disisi Stella. Dan dia duduk disebelah Stella, tapi agak jauh. Mungkin takut memberi pandangan negatif kepada sesiapa yang melihat. “Kalau macam tu, aku tunggu sampai abang kau sampai. Nanti kau kena kacau lagi.”Zayn berkata, selamba.

“What? Ada orang kacau kau kat bus stop? Jadi kau okey?”Stella mengangguk. Najwa menghela nafas lega. “Family kau tau?” Soalan Najwa itu membuatkan Stella terdiam sejenak. “Nope. Nak mampus? Kang kena bebel aku oleh daddy dan along. Kau taulah gaya dorang. Nasib baik aku selamat, Zayn yang tolong.”
            Najwa membulatkan mata. “Zayn?”
“Ya. Zaynuddin.”
“Kau biar betul?”
“Yaa. Dia yang tolong aku.”
            Tanpa dipinta, Stella menceritakan tentang kejadian petang tadi kepada Najwa. Najwa tampak kagum dengan keberanian dan keprihatinan Zayn. Nampak saja samseng, jahat, tapi hatinya baik. Sanggup pulak dia temankan Stella sementara along tiba. Hish! Betul-betul hero idamanlah Zayn ni!
            “Aku respeklah dengan Zayn. Berubah persepsi buruk aku terhadap dia.”
“Aku pun. Guilty aku rasa sebab underestimate dia selama ni. Tak sangka dia tu okey, luaran je kasar.”
“Agak-agak, abang dengan adik mana lagi baik ek?”Najwa sempat mengaitkan Keifly dengan abangnya. Stella memuncungkan bibirnya. “Naj.. Dahlah tu.”
“Okey okey. Sorry. Kau dah ucap terima kasih ke kat Zayn? Besar pertolongan dia tu tau.”Sesekali mata Najwa memerhati sekeliling. Pusat tuisyen itu agak lengang, tidak ramai pelajar yang hadir malam ini.
            “Dah. Tapi.. dia tu macam no feeling lah. Lain dengan gaya Keifly. Keifly kan.. pandai bercakap. Kasanova lah katakan. Tapi dia ni, dahlah bengis. Pendiam pulak tu. Sepanjang kat bus stop dengan dia, sepatah pun tak keluar tau.”
“Yeke? Lah. Aku ingat dia ni sebijik macam adik dia. Macamnilah, apa kata kau ajak dia keluar ke? Tanda terima kasih. Gitu.”
“Hah? Kau gila ke Naj?”
“Stella.. Ni cara orang ucapkan terima kasih ye. Belanja makan ke ape. Buat jelah apa aku suruh. Manatau kau dapat berkawan terus dengan dia.”                              “Yelah yelah.” Apa salahnya berkawan dengan Zayn? Desis hati Stella.

“HAI.”
“Kau.”Itu saja yang dilafazkan dari mulut Zayn. Stella tersenyum lalu mengangguk. Sengaja dia menghampiri Zayn ketika Zayn bersendirian di pondok sekolah. Jejaka itu kelihatan termenung memikirkan sesuatu.
“Awak okey? Macam tengah fikirkan hal Negara je.”Zayn diam. Dia hanya memandang wajah Stella sekilas. Dahinya berkerut.
“Zayn. Saya nak cakap something ni. Sebagai tanda terima kasih sebab awak tolong saya, saya nak belanja awak makan petang ni. Awak nak?”
“Huh?”
“Yeap. Saya belanja, tak kisahlah apa awak nak makan. Saya hanya nak awak tahu pertolongan awak kelmarin sangat bermakna buat saya. Kalau awak takde, taktaulah apa nak jadi.”Keluh Stella. Zayn berpaling. Masih dengan muka bengisnya.
“Kau tak takut dengan aku ke?”
“Buat apa nak takut? Awak bukannya jahat, awak bukannya penjenayah.”
“Kau tak kenal lagi aku siapa.”Tegas Zayn, keras.Berang agaknya.
            “Kalau macam tu, jomlah keluar. Bagi saya kenal awak dengan lebih dekat lagi.”Zayn tergamam. Dia cuba bertenang. “Okey then. Aku on aje.”Stella senyum senang. Yes, akhirnya mamat bengis ni setuju.

“NAMA kau sebenarnya apa ek? Aku asyik dengar Stella, Stella je..”Stella tersentak mendengar soalan Zayn ketika mereka berdua sedang menikmati hidangan lazat di Nando’s.
             “Betul nak tau?”
“Dah tu buat apa aku tanya. Bazir air liur je.”Zayn mendengus. Stella ketawa kecil. Entah kenapa bila mengenali dan berbual dengan jejaka ini, Stella berasa senang dan langsung tidak takut dengan kebengisannya. Kenapa agaknya ek?
            “Actually nama betul saya Siti Laila. Mummy yang bagi nickname Stella tu, gabung sekali, senang katanya.”
“Ohh.. Macam tu.” Zayn menganggukkan kepala. Seketika, mereka asyik berbual tentang diri masing-masing. Kekadang, ada yang dikatakan Zayn mencuit hati Stella. Sesiapa saja yang melihat pasti menyangka Zayn dan Stella adalah pasangan kekasih. Sama cantik, sama padan. Namun hakikatnya, mereka baru sahaja berkenalan.

“Keif,. Is that your brother?”Keifly yang sedang memesan makanan berpaling melihat arah yang ditunjukkan Brianna Lim, teman wanita barunya. Bulat mata Keifly melihat abangnya yang dikenali sebagai anti perempuan itu bersama seorang gadis, tika ini, di restoran ini.
            “It’s him. But why he’s here?”Keifly kehairanan. Brianna ketawa. “Biarkanlah. Maybe tu awek dia kot.”
“As far as I know, Zayn tak ada awek. Kalau tak silap I, awek tu classmate I. Sejak bila dorang bercinta?”
“Manalah I tahu. You ni kenapa macam pelik semacam? You jealous ke, atau you sukakan perempuan tu?”Brianna bertanya curiga. Matanya tajam melihat perempuan yang bersama abang kembar Keifly, yang duduk agak jauh dari mereka itu.      
Keifly tersengih. “Jangan cepat salah faham lah you ni. I just hairan sejak bila abang I ada awek. Hah, cepatlah order. Lepas ni nak pergi tengok wayang kan?”Brianna tersenyum manja. Ah, Keifly memang pandai memujuk!

SEJAK itu, Zayn dan Stella berkawan rapat. Ramai yang terkejut dengan persahabatan yang terjalin antara Zayn dan Stella. Lebih-lebih lagi, perubahan sikap Zayn. Dia tidak sekasar dahulu. Malah, Zayn lebih rajin ke sekolah dan kini bergaul dengan pelajar lain. Ramai yang salah anggap pada Zayn disebabkan perwatakannya yang kasar dan suka bergaduh. Namun Stella dan mahupun yang lain silap, Zayn juga merupakan seorang yang baik dan cukup mengambil berat. Dia bukan seperti yang disangka.
            Rupanya dalam diam, Keifly yang memang kurang ‘ngam’ dengan abangnya itu juga mencemburui persahabatan antara Zayn dan Stella. Dia juga menyukai Stella, namun dia malu untuk mengakuinya. Lagipun aweknya yang berlambak tu mahu letak mana?
            Keifly berazam tidak akan melepaskan gadis secantik Stella ke tangan Zayn. Dia tidak peduli. Tiada gadis yang tidak boleh dimiliknya. Termasuk Stella. Keifly tersenyum sinis.

“Kau nampak cantik.”Puji Zayn apabila melihat Stella cantik berbaju kurung biru dan lengkap bertudung putih di malam bacaan Yassin dan solat Hajat yang diadakan setiap malam Jumaat di surau sekolah. Maklumlah, peperiksaan besar seperti PMR, SPM dan STPM bakal menjelang tiba, jadi mereka perlu melakukan sebarang persiapan untuk menghadapi musuh utama itu.
            “Awak pun apa kurangnya.”Stella terpaku melihat ketampanan Zayn menyarungkan baju Melayu cekak musang berwarna biru laut. Aduh, macam berjanji pulak!
            “Kan cantik kalau begini.”Sambung Zayn lagi. Stella ketawa kecil, diikuti deheman Najwa. “Ewah lovebirds ni, kalau dah berborak lupa aku kat sebelah.”Sindiran Najwa itu mengundang tawa Zayn dan Stella. Majlis bacaan Yassin dan solat hajat itu telah selesai, dan ramai pelajar yang sudah pulang.
            “Korang belum balik lagi?”
“Belum. Abang saya tak sampai lagi ni.”
“Aku tumpang si Stella ni hah, rumah kitaorang dekat je.”
            Zayn mengangguk mendengar penjelasan Najwa dan Stella.
“Marilah aku hantar korang balik. Dah jam 10.30 ni. Mak bapak korang risau nanti.”Najwa dan Stella saling berpandangan. “Kau merepek ke Zayn? Naik motor kau tu, bertiga?”
Zayn ketawa besar melihat reaksi kedua-dua gadis itu. “Gila ke nak bawa dua anak dara naik motor malam-malam buta ni? Apa orang cakap nanti. Aku drive keretalah, malas nak bawak motor. Korang nak ke tak nak?”
“Stella, jom?”Najwa memandang Stella, meminta jawapan.
            Stella terdiam, lalu memandang Zayn.
“Jangan risau. Aku bukan lelaki yang macam tu. Aku akan pastikan korang sampai rumah dengan selamat.”Kata-kata Zayn menenangkan hati Stella. Akhirnya dia tersenyum. “Okey. Jom.”

ZAYN menekan suis lampu untuk menghidupkan lampu di ruang tamu itu. Terkejut besar Zayn bila melihat papa sedang duduk di sofa sambil merenung ke arahnya.
            “Papa! Kenapa duduk dalam gelap?”Zayn mengurut dadanya.
“Where have you been? Siap dengan pakai baju melayu ni?”
“Zayn ada majlis kat sekolah. Bacaan yassin dengan solat hajat. Kan Zayn dah bagitau Mak Teh sebelum Zayn keluar.”
“Sebelum ni tak pernah kau pergi majlis macam tu?”
“Zayn nak berubah, papa. Jangan pertikaikan apa yang Zayn buat.”Tegas Zayn. Kunci kereta dikeluarkan lalu diletak di atas meja.
            “Kalau betul ada majlis kenapa Keifly tak pergi? Kau jangan nak bohong papa Zayn. Papa tahu kau pergi melepak lagi kan.”
“Manalah Zayn tahu kenapa dia tak pergi. Yang penting Zayn tak tipu papa.”
“Sejak bila kau jadi jujur ni?”Sindir Syed Sabri lalu berdiri, menghampiri Zayn.
            Zayn menggenggam penumbuknya. Mahu saja dia melawan apa yang dikatakan papa, namun dia teringat nasihat ustaz di sekolah. Sabar, sabar itu separuh dari iman. Malah ustaz pernah berkata, hormatilah orang tua kamu meskipun hubungan yang terjalin tidak sebaik mana. Zayn memujuk hatinya agar bersabar.
            “Zayn naik atas dulu papa.”
“Zayn!”Langkah Zayn terhenti. “Papa tahu kamu berkawan dengan seseorang. Jangan ingat papa tak tahu.”Zayn menoleh, sambil tersenyum. “Jadi? Papa tak boleh halang dengan siapa Zayn berkawan kan?”
“Zayn!”
“Goodnight papa. Zayn mengantuk, besok nak sekolah.”Zayn berlalu ke kamarnya, tanpa memedulikan Syed Syabri yang terpinga-pinga. Mana satu yang betul ni? Keifly ataupun Zayn? Kata Keifly, Zayn pergi melepak di town bersama awek barunya. Tapi Zayn pula, dia baru selesai menghadiri majlis bacaan Yassin dan solat hajat. Haish! Macam-macam.

“SERONOK kau canang hal aku dekat papa?”Keifly tersentak. Dia cuba berlagak tenang bila menyedari Zayn duduk disebelahnya ketika menikmati sarapan pagi itu. Jarang benar mereka duduk semeja, apatah lagi ketika bersarapan.
            “Apa kau cakap ni?”Keifly berpura-pura tidak tahu.
“Semalam aku pergi sekolah, kau kata aku pergi melepak kan. Sampaikan hal aku berkawan dengan Stella pun kau report. Apa masalah kau ni ha?”
“Kau jangan nak fitnah aku Zayn. Buang masa aje aku nak report hal kau kat papa.”Keifly menyuap nasi goreng kedalam mulutnya. Tenang saja wajahnya, seperti tiada apa-apa yang berlaku.
            Zayn ketawa. Dia menuang teh ke dalam cawan sambil matanya memandang Keifly sekilas. “Kau cemburu kan aku kawan dengan Stella?”
“What? Stop talking rubbish Zayn! Aku nak breakfast, bukan nak bertekak dengan kau.”
“Well. Aku tahu kau jealous Keifly. I know you are.”Sempat Zayn mengenyit mata pada Keifly sebelum beredar dari ruang makan itu. Kalau lama disitu, alamat lambatlah dia kesekolah. Keifly mengertap bibir geram. Kurang ajar punya abang! Siaplah kau nanti!

“HEY. Stella?”
“Eh. Keifly?”Keifly tersenyum lalu duduk didepan Stella. Tika itu mereka berdua sahaja tinggal di kelas. Sekarang waktu rehat, dan Stella lebih senang duduk belajar di kelas. Najwa pula turun ke kantin untuk membeli makanan. Katanya nanti dia naik semula. Tidak sangka pula Keifly, lelaki yang dahulu digilainya separuh mati itu juga tidak turun rehat.
            Keifly menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan Stella.
“Apsal duduk sorang-sorang ni? Naj mana?”
“Saya malas turun. Naj turun pergi beli makanan jap. Awak tak makan ke?”
“Dah tadi. Saja nak lepak kat kelas, nampak awak ni saja nak bawa borak.”Hati Stella berbunga mendengar kata-kata Keifly. Jarang benar dia dapat berbual dengan Keifly, jejaka yang digilai ramai itu. Mungkinkah ini hari bertuahnya?
            “Stella. Boleh saya tanya awak something?”Stella yang baru mahu mula menulis, tersentak. Dia mengangkat wajahnya lalu menatap wajah Keifly yang putih bersih itu. “Shoot.”
“Awak ada apa-apa dengan abang saya tu?”
“Abang awak?”
“Zayn.”Keifly menyebut nama yang sememangnya memberi impak besar dalam hidupnya. Entahlah, Stella sendiri tidak pasti akan perasaannya pada Zayn. Zayn istimewa di hatinya, tapi.. mungkin tidak seistimewa Keifly.
            “Apsal awak tiba-tiba tanya saya pasal ni?”
“Yalah. Saya tengok awak dengan dia rapat semacam je. Dengan saya sombong giler.”
“Bila masa saya sombong dengan awak ni Keif. Awak yang tak pernah nak tegur saya.”
“Saya takut awak tak layan, tu jer.”Keifly mengeluh. “Jawablah soalan saya Stella.”
“Pasal Zayn?”
“Yepp. Kalau betul awak takde apa-apa dengan dia, saya ingat nak ajak awak keluar.”Stella terkejut. Membulat matanya memandang Keifly. “Date. Saya nak ajak awak keluar date. Saya pun single ni.”Sambung Keifly lagi.
            Hati Stella melonjak riang! Inilah peluang yang ditunggu-tunggu selama ni.
“So?”Keifly menjungkitkan keningnya.
“Saya takde apa-apa dengan dia. Saya anggap dia kawan je. Kitaorang berkawan pun pasal dia tolong saya dari penjahat tempoh hari. Kalau tak, jangan haraplah kitaorang nak berkawan.”Senyuman Keifly makin melebar. Dia semakin merasakan kemenangan akan berpihak padanya.
            “So.. awak ni single lah kan?”Stella perlahan-lahan angguk. Riang. “Nak tak keluar date dengan saya?”

ZAYN yang berdiri disebalik pintu kelas tingkatan Lima Seroja itu menundukkan kepala. Dia melangkahkan kakinya dari situ selepas mendengar dan melihat segala perbualan Keifly dan Stella.
            Kecewa. Zayn tidak menyangka Stella mudah terpedaya dengan adiknya. Malah, Stella juga seakan memandang rendah pada persahabatan yang terjalin antara mereka. Rendah sangatkah aku di matanya? Bisik hati Zayn. Terngiang-ngiang masih di telinga Zayn apa yang diucapkan Stella sebentar tadi.
‘Saya takde apa-apa dengan dia. Saya anggap dia kawan je. Kitaorang berkawan pun pasal dia tolong saya dari penjahat tempoh hari. Kalau tak, jangan haraplah kitaorang nak berkawan.’ Ah! Stella bukannya ikhlas berkawan denganku. Kalau aku tidak menolongnya tempoh hari, pasti dia masih memandangku sebagai samseng sekolah.          
            Zayn mengurut dadanya yang mula sakit. Tiada seorang pun yang tahu Zayn mempunyai rahsia besar yang tidak dikongsi dengan sesiapa, iaitu tentang penyakitnya. Hanya papa dan Keifly saja yang tahu, itupun mereka buat tidak kisah saja. Ah, siapalah aku kepada mereka.
            Zayn tersenyum tawar. Tidak apalah Stella. Mulai sekarang lebih baik aku jauhkan diriku darimu. Semoga kau bahagia.

“ZAYN mana ah? Dah lama tak nampak dia?”
“Tak taulaa.. Aku pun jarang nampak. Tak pi sekolah kot?” Stella mengerutkan dahi. Zayn sudah dua minggu tidak ke sekolah sejak Keifly dan dia keluar berpacaran. Bahagia memang bahagia, tapi hatinya kerapkali teringatkan Zayn yang semakin menghilang,dahlah SPM nak dekat. Sekarang pulak dia nak escape.
            “Mustahil lah. Zayn kan dah berubah. Dia kata nak score habis-habisan dalam SPM. Dia dah janji.”Risau juga Stella dibuatnya.
“Dia kecewa kot.”Kata-kata Najwa membuatkan Stella hairan.
“Kecewa apahal lak?”
“Sejak kau keluar dengan Keifly, kau dah ignore dia. Takkan kau tak perasan tu?”Najwa seakan menyindir.
            Jujur Najwa katakan,dia kurang suka bila Stella mula keluar dengan Keifly. Dah tahu playboy, dia percaya juga mamat tu. Gatal semacam pulak tu. Najwa merungut didalam hati. Zayn tidak begitu, jauh berbeza dari adiknya.
            Najwa kesal dengan sikap Stella yang menyisihkan Zayn sejak akhir-akhir ini. Mungkinkah kerana itu Zayn terus menghilang? Najwa sendiri tidak tahu jawapannya.
            “Perasan apa?”
“Kau dah tak pedulikan Zayn.”
“Kenapa pula? Kitaorang kan kawan saja. Hey Naj. Kau kan tahu. Keifly tu crush aku dari form 1 lagi. Kau ingat aku nak lepaskan dia begitu saja?”Kata-kata Stella mengundang tawa Najwa, sinis.
“Oh,lepas dapat lelaki idaman, terus lupakan kawanlah ya?”Stella tergamam.
“Aku tak sangka kau orang jenis macam ni Stella.”Selepas saja berkata sedemikian, Najwa beredar meninggalkan Stella terpinga-pinga disitu.

“KEIF. Boleh saya tanya awak sesuatu?”Keifly yang sedang memandu, berpaling ke arahnya. Ketika itu, mereka berdua dalam perjalanan balik dari tempat tuisyen Stella. Keifly memang berjanji mahu menjemputnya malam itu. “Yes?”
“Zayn pergi mana eh? Dah lama saya tak jumpa dia.”Keifly mengerutkan dahi. Kurang senang dengan soalan Stella. Cemburu pun ada.
“Awak ni kenapa?”
“Kenapa apa pula? Saya tanya saja. Risau juga, kot-kot dia sakit ke.”
“Toksah risau pasal dia. Dia tu bukannya sesiapa juga kan. Mamat sampah yang takde masa depan.”Keifly tertawa sinis.
“Keif. Sanggup awak cakap abang awak sendiri macam tu?”Stella menggeleng kesal.           
            Keifly mendengus kasar. Dia tidak peduli dengan kata-kata Stella. Dia teruskan pemanduannya, semakin lama semakin laju. Stella semakin bimbang. “Slow down Keifly! Awak ni kenapa? Saya baru tanya pasal Zayn, awak dah mengamuk!”
“Zayn tu nak rampas hak saya! Hak saya, iaitu awak!”Keifly menjawab.
            Stella terkejut. Bulat matanya memandang Keifly.
“What? Sejak bila saya ni hak awak??”
“Setiap perempuan yang saya nak, saya akan dapat. Termasuk awak!”Tegas Keifly lagi. Ketawanya bergema lagi didalam kereta Honda Civic berwarna merah itu.
“Apa maksud awak?”
“Awak memang bodoh, Siti Laila. Awak tak terfikir ke selama ni saya nakkan apa dari awak? Saya nak ‘rasmikan’ awak saja! Dan malam ni, saya akan dapat apa yang saya nak!”
            Stella terkedu. Rupanya selama ini Keifly berniat jahat!
“Zayn memang bodoh. Dah tau sakit, dah tau sampah, ada hati nak dekati awak. Jangan haraplah!”Zayn sakit? Zayn sakit apa? Stella tertanya-tanya didalam kekalutan itu.
“Lepaskan saya Keifly! Hantar saya balik sekarang!”
“No way my dear!”Stella cuba membuka pintu, tapi sudah dilock oleh Keifly. Dengan tangan kanannya memegang stereng, tangan kirinya cuba meraba paha Stella tapi Stella menepis.
            “Awak tak akan lepas Stella..”Keifly tersenyum mengejek, lalu melihat semula ke arah hadapan. Namun malang tidak berbau, Keifly tidak sedar ada sebuah lori bakal merempuh mereka dari arah yang bertentangan. Keifly cuba mengelak tetapi gagal. Kereta yang dipandu Keifly terbabas melanggar pembahagi jalan.
“SITI LAILA AHMAD ZAHARI. Wad nombor 10.”Beritahu jururawat itu kepada Najwa dan Zayn. Kedua-dua mereka mengangguk, lalu bergegas ke wad yang dimaksudkan. Tiba saja di wad 10, kelihatan ahli keluarga Stella sedang menunggu disitu.
            “Assalamualaikum.”Najwa mengucapkan salam, diikuti oleh Zayn.
“Waalaikummusalam.”Salam mereka dijawab oleh daddy, mummy dan abang Stella. Zayn terpandang gadis pujaannya sedang terlantar, tidak sedarkan diri di atas katil. Wajahnya yang pucat dan penuh calar balar mengundang sayu dihati Zayn.  Bibirnya yang merah merekah luka, tangan dan kakinya jua patah.
            “Naj bawa Zayn ni. Kawan kitaorang,abang kepada Keifly.”Selepas saja diperkenalkan kepada keluarga Stella, Zayn duduk bersama abang dan daddy Stella yang kelihatan risau. Manakala Najwa cuba menenangkan mummy Stella.
“Keadaan Stella macamana uncle,?”
“Beginilah Zayn. Dah 2 hari accident, tapi belum lagi sedarkan diri. Kata doktor, dia kekurangan darah. Tapi darah kami semua tak sesuai dengan dia.”Keluh Encik Ahmad Zahari.
            Along pula hanya diam membisu. Dia kelihatan risau dengan keadaan adiknya. Zayn berasa serba-salah, kalau tidak disebabkan adiknya, pasti semua ini tidak akan terjadi.
“Saya nak minta maaf uncle. Sebab adik saya semua jadi macamni.”
“Tak apalah Zayn, benda nak jadi.”Encik Ahmad Zahari cuba tersenyum, namun hambar dirasakan.
            “Adik kamu macam mana?”
“Dia belum sedarkan diri lagi uncle. Tapi doktor cakap dia dah stabil.”
“Hmm.. Baguslah tu.”Along menyampuk. Kasar. Nampak benar dia berdendam pada Keifly. Kata pihak hospital, Keifly hilang kawalan kerana dibawah pengaruh alkohol ketika memandu malam itu. Jadi memang semua itu salah Keifly. Zayn menghela nafas panjang sebelum memberitahu keputusannya.
“Saya ada cadangan. Diharap uncle dan abang ni setuju.”
“Cadangan apa?”Zayn terdiam sejenak sebelum memberitahu cadangannya.

“ALHAMDULILAH. Stella dah sedar.”Stella membuka matanya perlahan-lahan. Dia masih lemah, tapi digagahkan juga untuk duduk. “Kamu masih lemah, baringlah dulu.”Saran Encik Ahmad Zahari.
            Stella akur. Dia melihat sekeliling. Najwa, along,daddy dan mummy.Hmm, seperti ada yang kurang.
“Apa yang terjadi mummy?”Puan Nabilah mengusap-usap rambut Stella dengan penuh kasih sayang. “Stella kemalangan, tapi syukurlah. Stella dah selamat.”
“Keifly macam mana?”
“Zayn kata, dia dah sihat. Kau tak payah risaulah.”Celah Najwa.
            Stella tergamam. Zayn. Ya! Dimanakah dia?
“Naj.. Zayn mana?”Mereka semua saling berpandangan. Najwa menghampirinya, lalu tersenyum. “Tunggulah kau sihat dulu. Nanti aku bawa kau jumpa dia ya.”

Stella mahu membantah, namun dia terpaksa akur melihat wajah serius daddy. Rindunya dia pada Zayn tidak terkata. Keifly! Ah persetan dengan dia! Syaitan bertopengkan manusia! Hati Stella membuak-buak marahkan Keifly, tapi apakan daya. Apa yang mampu dia lakukan? Stella melepaskan keluhan lagi.

“ZAYN tengah berehat.”Stella mengerutkan dahi. Dia telah dibawa oleh Najwa dan mummy ke wad tempat Zayn ditempatkan. Zayn terlantar di atas sebuah katil, mungkin sedang tidur. Dia bersendirian, tidak ditemani siapa-siapa. Bisik hati Stella, sayu.
            Stella didudukkan diatas wheelchair dan ditolak perlahan-lahan, menghampiri katil Zayn. Khuatir mengejutkan Zayn dari tidur. “Kenapa dengan Zayn, Naj?”Stella menahan sebak. Dia ingin tahu apa sebenarnya terjadi pada Zayn. Dia masih ingat kata-kata Keifly mengatakan yang Zayn sakit, dan kenapa sekarang dia terlantar disini?
            Ditatapnya wajah bersih tanpa sebarang cela. Matanya tertutup rapat. Ingin saja Stella usap wajah yang amat dirinduinya itu, tapi Stella masih tahu batasan agama. Malah, dia segankan mummy yang juga berada disitu.
Najwa dan Puan Nabilah saling berpandangan. Puan Nabilah mengisyaratkan agar Najwa menjelaskan hal sebenar kepada Stella. Najwa akur, lalu menolak kerusi roda Stella keluar dari wad. Dia merasakan lebih elok mereka berbincang di kawasan yang tidak ramai orang.
“Apa sebenarnya terjadi?”Stella teresak-esak meminta penjelasan dari Najwa.
“Malam tadi dia ambil keputusan nak derma darah untuk kau. Alhamdulilah, jenis darah korang sama. Tapi..”Najwa ragu-ragu mahu menyambung kata-katanya namun melihat pandangan mata sayu Stella, dia tidak sanggup merahsiakan.   “Zayn belum stabil.”
“Kenapa?”Stella tidak sabar ingin tahu apa sebenarnya yang dirahsiakan darinya. “Zayn.. penghidap kanser hati.”
Stella terpaku. Dia seakan tidak percaya. Air matanya merembes laju. “Naj.. Jangan buat aku begini. Please. Jangan cakap semua ni betul.”Najwa turut berasa sebak lalu memeluk kawan baiknya itu erat. “Aku tak tipu Stella. Aku tak sampai hati nak rahsiakan semua ni dari kau. Dia dah lama sayangkan kau, sejak korang berkenalan di bus stop tu lagi. Zayn cerita semua kat aku. Tapi dia kecewa gila bila kau start keluar dengan Keifly. Dia rasa, samseng dan budak jahat macam dia tak sesuai dengan kau. Sebab tu dia rela lepaskan kau bahagia dengan Keifly. Kau nak tau kenapa dia tak datang sekolah? Penyakit dia makin melarat. Keifly tu yang jahat, langsung tak bagitau kita semua pasal benda yang menimpa abangnya!”
            Tangisan Stella semakin kuat. “Aku nak jumpa Zayn. Aku nak bagitau dia aku tak pernah anggap dia budak jahat. Aku sayangkan dia Naj.. Tolonglah aku.”
“Stella. Zayn tengah berehat sekarang. Kita bagi dia masa ya?”
“Naj..”Najwa menggeleng. “Kita balik ke wad sekarang. Nanti kita ke sini lagi. Aku janji aku akan bawa kau.”
“Tolonglah Naj.. Aku tak nak menyesal. Aku nak bagitau dia aku sayangkan dia.”Ulang Stella lagi. Dia menangis teresak-esak dihadapan Najwa. Najwa tersenyum pahit. Dipeluknya erat kawan baiknya itu. Aku harap kau tidak terlambat Stella. Bisik hati Najwa, sayu.

“HAI awak..”Zayn yang masih terbaring lemah di atas katil menoleh. Senyumannya terukir melihat kedatangan Najwa dan Stella pagi itu di wadnya. Papa baru saja beredar, mungkin pergi melawat Keifly di wadnya. Papa sudah berubah, lebih mengambil berat tentang dirinya. Buat seketika, Zayn berasa bahagia setelah sekian lama. Mungkin.. kali terakhir Zayn merasa kebahagiaan semasa mama masih hidup.
            Kerusi roda Stella di berhentikan disebelah katil Zayn. Memudahkan mereka berbicara. “Feeling much better?”Sambung Stella. Gembira Zayn sudah mulai sedar.
“Ehmm.”Jawab Zayn, ringkas. Badannya masih lemah, namun hatinya riang melihat kedatangan Stella menjenguknya.
            “Zayn, Stella. Aku tunggu diluar ya. Korang boraklah dulu.”Najwa meminta diri dan sekejap saja dia sudah menghilang ke ruang menunggu di luar. Zayn dan Stella saling bertukar senyuman.
            “Kau okey?”Zayn pula bertanya. Dia cuba untuk duduk namun ditegah oleh Stella. “Okey. Tapi tengoklah, kaki dan tangan patah. Jadi okulah kejap.”Gurau Stella. Membuatkan Zayn ketawa kecil. “Zayn.. Terima kasih ya.”Zayn mengerutkan dahi.
            “Sebab sanggup buat semua ni untuk saya. Najwa dah ceritakan segala-galanya pada saya.”Zayn diam, tidak membalas kata-kata Stella.
“Awak.. sanggup berahsia dengan saya? Tentang semua ni? Saya langsung tak tahu awak ni sakit, saya langsung tak tahu Zayn.”
“Aku okey je. Tak payah risaulah.”
“Zayn. Tak payah nak berdalih.” Stella geram dengan Zayn yang masih mahu mengelak.
            “Zayn.. Saya nak awak tau, saya pun sayangkan awak. Selama ni, saya yang bodoh sebab nakkan sangat lelaki macam Keifly tu. Saya menyesal sangat sebab pernah sukakan dia. Awak jangan salah faham ya. Saya sayangkan awak Zayn.”
“Stella.. Jangan cakap sesuatu benda yang tak pasti. We. Not gonna happen. Aku budak jahat, masyarakat anggap aku begitu. Aku tak macam orang lain. Aku bodoh. Aku jahat. Aku berpenyakit. Kenapa kau degil ni ha?”Keras suara Zayn menjawab. Emosinya mula tidak stabil.
“Awak bukan budak jahat Zayn. Dihati saya, awaklah orang yang paling baik pernah saya jumpa.”Stella tersenyum, lalu mencapai tangan milik Zayn. Diletakkan tangan itu dipipinya, penuh kasih. “Sejak awak tolong saya di bus stop tu, hati saya tertanya-tanya. Awakkah lelaki saya tunggu selama ni? Awak nak tau jawapannya?”Belum sempat Zayn menjawab, Stella sudah menyambung kata-katanya.
“Hari ini, saya pasti yang awaklah lelaki itu.”Zayn terkedu. Lidahnya kehilangan kata-kata. Matanya bertentang dengan mata Stella. Hati berdegup pantas. “Stella.. Aku sayangkan kau. Lebih dari yang kau tau. Tapi.. aku rasa kita takkan bersama. Aku tak dapat hidup lama. Aku tak dapat jaga kau.”Zayn menitiskan air mata jantannya, didepan Stella. Stella turut menitiskan air matanya. Dia meletakkan kepalanya dibahu Zayn dan memeluk Zayn erat.
“Zayn. Jangan cakap macam tu lagi. Please. Demi saya.”Rayu Stella. Air matanya merembes perlahan, bila melihat Zayn kelihatan begitu down sekali. “Jangan tinggalkan saya Zayn.” Ucap Stella, perlahan.

SEPULUH tahun kemudian.

Stella melangkah keluar dari kamarnya pagi itu dan menuju ke ruang tamu. Dia hairan melihat ruang tamu yang sunyi sepi. “Surpriseeee!”Jeritan dari belakangnya itu membuatkan Stella terkejut. Dia berpaling.
            Wajah-wajah kesayangannya berada didepan mata. Daddy, mummy, along dan isteri, Kak Cha serta anak mereka yang berusia tujuh tahun, Zaza,serta Najwa dan tunangnya, Maliki.
            “Happy birthday sayang!”Ucap mummy sambil memeluk erat anak bongsunya itu. Stella tersengih, lalu membalas pelukan mummy.
“Terima kasih mummy. Terima kasih semua.”Selepas saja berpelukan sesama mereka, Stella dan Najwa mengambil masa berduaan di taman mini diluar rumah.
“Tahniah Naj. Bulan depan kau dah jadi bini orang.”
“Thanks Stella. Hehe, tak sabar rasanya.”Stella tersenyum kelat. Spontan dia teringatkan seorang lelaki yang sentiasa berada dihatinya, setiap hari setiap masa.
            Syed Zaynuddin Harith Ali. Lelaki yang banyak mengajarnya erti kasih sayang. Erti cinta. Zayn telah meninggalkannya buat selama-lamanya ketika mereka baru berusia 18 tahun. Ketika itu, dia dan Zayn sama-sama belajar di kolej. Kanser itu telah merebak di hati Zayn dan keadaan Zayn semakin kritikal dan akhirnya tidak dapat diselamatkan. Walaupun sudah hampir 10 tahun Zayn pergi, namun hati Stella masih teringatkannya. Ramai jejaka yang cuba memikatnya, tapi Stella menolak kerana hanya Zayn sahaja dicintainya. Hanya Zayn lelaki yang mampu menakluki hatinya. Hanya Zayn.
            “Kau masih teringatkan arwah Zayn?”
“Naj.. kau ingat semudah tu aku nak lupakan arwah? Dia sentiasa dalam hati aku. Aku tak kahwin pun, sebab dia seorang je dalam hati aku.”
“Kau tak boleh macamni Stella. Kau kena lupakan dia. Orang dah pergi tu, kita kena biarkan pergi.”Najwa seakan mengeluh, namun tidak mendapat sebarang reaksi dari Stella. Buat bodoh le tu.
            Najwa mengeluarkan sepucuk surat dari tas tangannya. Sepucuk surat yang agak lusuh dan kekuning-kuningan itu dihulurkan pada Stella. “Stella. Ni surat, hadiah untuk kau daripada arwah Zayn. Dia amanahkan aku bagi kau di hari jadi kau yang ke 27. Bacalah. Arwah mahukan yang terbaik untuk kau, aku harap kau fikirlah baik-baik.”ujar Najwa, lalu perlahan-lahan berdiri meninggalkan Stella bersendirian dengan surat itu.
            Stella tergamam. Dia mencapai surat itu dan dibuka sampulnya. Selepas saja membaca isi kandungan surat itu, air matanya merembes jatuh. Perlahan-lahan dikucupnya surat itu dan diletakkan ke dadanya. Dia mengucap syukur kepada Allah kerana membukakan pintu hatinya untuk menerima pesanan dan nasihat arwah didalam surat itu. Zayn.. saya hanya nak awak tahu, awaklah yang pertama dan terakhir dalam hati saya. Stella tersenyum bahagia. Surat yang diberikan oleh Zayn inilah harta yang paling bernilai untuk Stella, dan kini telah membuka matanya. Terima kasih sayang.

Siti Laila, saya tahu awak mesti tertanya-tanya kenapa baru sekarang surat ni diberikan pada awak. Sebab usia awak sekarang ni dah cukup matang, untuk bezakan mana yang baik dan buruk. Stella, Saya nak awak tahu, awak tak boleh terus macam ni. Awak tak boleh terus bersendirian, awak layak nikmati kehidupan yang lebih baik, dengan seseorang yang lebih baik, yang boleh jaga awak. Buka pintu hati awak, dan bina kehidupan baru. Saya hanya nak lihat awak bahagia, that’s all.
Stella. Walaupun saya dah tiada dalam dunia ni, saya nak awak tahu, awak seorang sahaja dalam hati saya sehingga akhir hayat saya. But now, this is the end, the end of us. You have to let me go, Stella. Lepaskan saya dari hati awak, hidup awak. Banyakkan bersabar, dan sentiasa ingat Allah. Awak kena cari seseorang yang lebih baik, walaupun hakikatnya awak masih mencintai saya. Tapi saya yakin, pasti ada seseorang yang boleh bantu awak melupakan saya, sedikit demi sedikit. Saya sanggup, demi kebahagiaan awak. Baiklah Stella, i have to go. Awak jaga diri baik-baik ya. Sebab saya tak ada dan tak dapat nak jaga awak. Happy 27th birthday, baby girl. Take care. I love you till the end. Assalamualaikum.
p/s :sorryif surat ni skema, saya tak selesa nak gunakan ‘aku kau’. Saya harap awak tak kisah. Hehe. Sayang awak. And.. I miss you already. Till we meet again. Goodbye, Siti Laila.
Love.
Zayn Ali. 

             
                        THE END. 1:13 AM.  24 SEPTEMBER 2011

Till next time. Peace.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...