Wednesday 28 September 2011

Cerpen Bersiri - Aku atau Dia (PART 1)

“CANTIK pejabat ayah ni. Interior designer mana pulak ayah import kali ni?”Ikhsan memuji kecantikan dan cara susun atur perabot di pejabat ayahnya. Dinding juga dicat baru, sesuai dengan perabot didalam bilik yang agak luas itu.
            Datuk Amirul tersenyum lebar mendengar pujian Ikhsan. Tidak sia-sia dia mengupah gadis berbakat itu sebagai pereka hiasan dalaman baru untuk pejabatnya. Datuk Amirul seorang yang gemar melihat keadaan yang tenang dan cantik supaya senang untuknya menumpukan kepada kerjanya.
            “Cantik kan. Ayah pun suka sangat hasil kerja dia.”Tanpa menjawab soalan Ikhsan, dia turut memuji kecantikan pejabat barunya. Ikhsan mengangguk. “Siapa yang cantikkan pejabat ayah ni? Carlos lagi ke?”Ikhsan kenal benar dengan pereka hiasan dalaman terkenal berbangsa Itali itu. Dialah yang selalu diupah ayahnya untuk mencantikkan ruang pejabat dan rumah mereka. Hasil kerja tangannya sangat mengkagumkan tapi sudah tentulah upahnya juga teramat mahal.
            Datuk Amirul menggeleng. “Tidak. Ni orang local. Orang Melayu. Student lagi, tapi ayah berminat sangat dengan hasil tangannya.”
“Aik. Macam mana ayah boleh kenal dengannya?”
“Dia ada hantar resume untuk praktikal selama 2 bulan di syarikat kita. Ayah memang berminat sangat nak ambik dia bekerja, tapi ayah tak boleh terburu-buru. Ayah kena uji dia juga. Then dia dah buat semua pembaharuan di pejabat ayah ni dan ayah sangat berpuas hati. Ayah akan beri peluang dia praktikal disini.”
            Ikhsan mengerutkan dahi. “Ayah tak bincang dengan Ikhsan pun?”
“Ikhsan busy sangat, nak jumpa pun susah. Tak apa, dia okey. Kerjanya memang bagus.”
“Hmm. Lain kali ayah bincanglah dengan Ikhsan dulu.”
            “Yalah, ayah minta maaf.” Ikhsan tersenyum. “Tak apalah. Kita kan sama-sama sibuk. Ikhsan kena keluar dulu. Ada temu janji dengan klien, dia nak minta Ikhsan kemaskini akaun syarikatnya. Malam kita jumpa.”Datuk Amirul mengangguk.

Lapan tahun yang lalu..

Wan Ikhsan melangkah keluar dari Mini Cooper kesayangannya itu dengan langkah yang kurang bersemangat. Kekalahan pasukan kegemarannya, Manchester United malam semalam membuatkan dia tiada hati mahu ke kelas hari ini. Tapi oleh kerana mengingatkan dia adalah penuntut tahun akhir jurusan perakaunan, dia perlu berkorban untuk mendapatkan keputusan yang lebih cemerlang untuk grad. No repeat paper, must grad! Azam pemuda yang lebih dikenali sebagai Ikhsan itu.
            “Hoi! Apasal muka lemah giler ni?”Sapa Jonathan sambil tersengih. Saja dia bertanya begitu, mahu mengusik kawan baiknya. Ikhsan mengeluh lalu menutup pintu kereta. “MU kalah lah wei! Kau ni boleh tanya lagi.”Sampuk Adrian pula. Ketawa dia melihat wajah Ikhsan semakin masam mencuka.
            “Relakslah. Tu baru match bola. Ingat dulu final exam tu.”Jonathan menepuk-nepuk bahu Ikhsan. Tahu benar gaya Ikhsan yang fanatik bola dan peminat fanatik Manchester United itu. Dia dan Adrian meminati juga sukan bola, tapi tidaklah sefanatik Ikhsan. Teamnya kalah dah macam orang putus cinta!
            Ikhsan mencebik. Hish, makin pusing kepala aku fikir pasal final exam!
“Dah dah. Jom kita pergi makan dulu.”Putus Ikhsan. Malas mendengar celoteh Jonathan dan Adrian.

“Cantiknya awek tu. Student baru ke?”
“Student baru kepala hotak kau. Dia tu tahun akhir jugak. Tapi jurusan undang-undang.” Jelas Jonathan, lalu memandang ke arah gadis cantik yang dimaksudkan Adrian. Cantik dan manis orangnya namun suka bersendiri. Jarang mereka lihat gadis itu bersama sesiapa, lebih-lebih lagi ketika makan di kafeteria.
            Ikhsan turut memandang gadis itu. Ya, memang cantik. Bisik hati Ikhsan. Tiada segaris senyuman pun di bibirnya. Duh, tension habis muka dia. Tough sangat ke jurusan undang-undang ni? Fikirnya, nakal.
            “Apa kata kau pergi tegur dia.”Cadang Adrian. Dia mengenyit mata kepada Ikhsan. Ikhsan tersentak. Rupanya Adrian sedar juga dia memandang gadis itu. Entah apa namanya.. Lana kot?
            “Apasal aku?”
“Kau kan single. Kitaorang ni dah berpunya, nanti kena hentam pula oleh awek kitaorang.”Jonathan memberi alasan. Ah, munasabah juga! Ikhsan terdiam sejenak. “Garang giler lah awek tu. Malaslah aku.”
“Takut ke bro? Come on lah!”Ikhsan mendengus. Takut? Tiada istilah takut dalam hidup Wan Ikhsan. Cuma.. err..
            “Aku tak takutlah!”Tegas Ikhsan. Dia sudah berdiri dan disorak oleh Adrian dan Jonathan. “Go ahead! Pergilah tegur dia!”
Ikhsan menarik nafas panjang sebelum perlahan-lahan menghampiri meja tempat gadis itu selalu menikmati makanan tengah harinya.



Bersambung..

Till next time. Peace.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...